LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT SAINS NEGARA



 LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT SAINS NEGARA

#tambahilmu


Lawatan sambil belajar merupakan aktiviti yang sangat menyeronokkan untuk murid sekolah,120 orang murid-murid SMK Cochrane dan 10 orang guru pengiring terlibat dalam lawatan sambil belajar ke Pusat Sains Negara pada 23 Ogos 2023. Lawatan sambil belajar ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan pemikiran kritikal dalam kalangan murid dan membina perasaan ingin tahu terhadap sains serta membantu mereka untuk menanam rasa minat mereka terhadap mata pelajaran Sains. Murid-murid melawat ke Taman Pendidikan Science Wonderland, Galeri, Pameran,  dan sebagainya.  Setiap murid diberi peluang untuk membuat pemerhatian, uji kaji, mengumpul dan mentafsir data, membuat inferens dan membuat kesimpulan mengenai maklumat yang mereka peroleh. Lawatan ini berakhir pada jam 2:00 petang.


Disediakan oleh:

Kelvin Lam Kee Hung 

5 Dinamik


Comments