2004 hingga kini

2004

20 Ogos 2004 merupakan tarikh bersejarah buat warga Cochrane kerana hari tersebut ialah hari terakhir berada di SMK Jalan Cochrane yang diduduki semenjak 1957. Proses pemindahan ke bangguna sekolah yang baru di Jalan Shahbandar Off Jalan Cochrane mencapai kemuncaknya.


Sebelum warga Cochrane berarak meninggalkan baggunan lama, satu perhimpunan khas diadakan di gelanggang tenis bagi memberi penghormatan terakhir pada SMK Jalan Cochrane.

Bendera sekolah diturunkan seiring dengan nyanyian lagu sekolah. Perarakan warga Cochrane ke sekolah baru diiringi Pasukan Pancaragam Sekolah sambil membawa pelbagai sepanduk bagi  melahirkan kesedihan meninggalkan sekolah yang telah mencatat pelbagai kenangan.

Sementara itu, pada masa yang sama bertempat di banggunan baru SMK Cochrane, majlis penanaman pokok telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Lee Lam Thye. Beliau merupakan salah seorang berkas YDP PIBG SMK Jalan Cochrane.

Majlis tersebut yang dianjurkan oleh PIBG SMK Cochrane dengan kerjasama Kelab Lion Kuala Lumpur diadakan dengan hasrat untuk menanam sikap menghargai dan mencintai alam sekitar dalam kalangan pelajar.

Tanggal 18 September 2004, warga SMK Cochrane dengan kerjasama PIBG telah menganjurkan majlis Keraian dan Kesyukuran dengan tujuan mempromosi dan menyatakan kesyukuran warga Cochrane menerima banggunan baru di tapak yang baru.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hj. Astaman b. Abd. Aziz, Ahli Parlimen Titiwangsa. Turut hadir adalah Yang Berbahagia Tan Sri Aishah Ghani. Pada kesempatan ini, warga Cochrane tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan semua tetamu yang hadir.

2005

Banggunan baru telah mencatatkan satu legi sejarah yang tersendiri apabila Majlis Perasmiannya telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia YB Dato' Seri Hishamuddin b. Tun Hussein pada 4 Februari 2005.

Kesempatan ini telah beliau manfaatkan dan mencatat sejarah manis warga Cochrane apabila beliau dan tetamu yang lain sudi meluangkan masa untuk melihat dengan lebih dekat setiap kemudahan di banggunan sekolah ini yang setinggi lapan tingkat.

Sesungguhnya SMK Cochrane sangat bertuah kerana telah dirasmikan oleh seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan mempunyai visi yang cemerlang dalam membangunkan taraf pendidikan di Malaysia.

Tanggal 10 Mac 2005, warga Cochrane menerima kunjungan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah dari Indonesia dan membuktikan bahawa sekolah ini semakin dikenali dari dalam dan luar negara.

Kunjungan tersebut antara lain bertujuan untuk memahami sistem pendidikan dan struktur persekolahan di Malaysia. Rombongan tersebut juga telah dibawa melawat kemudahan-kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang terdapat di SMK Cochrane.

Tanggal 13 Mei 2005, warga Cochrane menerima kunjungan daripada kumpulan pentadbir SM (P) Kuen Cheng, Kuala Lumpur. Kunjungan ini bertujuan untuk meninjau keadaan fizikal SMK Cochrane yang dibina setinggi lapan tingkat.

SMK Cochrane turut menerima kunjungan tetamu dari utara tanah air iaitu kumpulan pentadbir dan guru-guru SMK Syed Alwi, Kangar Perlis.

Pada 2 Julai 2005 pula, SMK Cochrane telah menerima rombongan pelajar dari Thailand menerusi Program Pertukaran Pelajar. Pelajar-pelajar SMK Cochrane berpeluang beramah mesra dan bertukar-tukar pendapat dengan kumpulan pelajar-pelajar tersebut.

Kumpulan pelajar-pelajar ini telah berpeluang menyaksikan persembahan oleh Pasukan Pancaragam sekolah dan pertunjukan kawad kaki oleh pasukan unit beruniform.

Comments

  1. Maaf, tapi saya agak terkilan kerana sejarah yang dititipkan disini tidak merangkumi dari tahun 1983-2003. Amatlah menghargai jika admin dapat merungkap sejarah asal sekolah yang asalnya sekolah Cina, dan kemudiannya menjadi sekolah co-ed dan seterusnya...

    ~Cochranean 1998-2002

    ReplyDelete
  2. Saya bekas Pelajar SM Jalan Cochrane- CRS tahun 1993-1996 juga inginkan admin untuk mencoret sedikit sejarah sekolah selepas tahun 1983-2003..banyak kecemerlangan telah dicapai oleh pelajar2 dan sekolah pada waktu itu terutama dalam bidang sukan..SM Jalan Cochrane pada waktu saya sangat cemerlang dalam sukan Bolasepak, Hoki, Gymnastic,dan banyak lagi..sebagai bekas pelajar yang mewakili sekolah dalam sukan Hoki dan PKBM berpendapat, Pengetua serta guru2 sekolah tidak begitu menitik beratkan sukan sekolah untuk pergi lebih jauh..mungkin kerana mereka tiada minat dalam bidang sukan..jangan sia sia kan bakat2 pelajar yang ada..pada zaman saya 4 orang pemain hoki sekolah di tawarkan biasiswa dari Sekolah St John utk menukar sekolah utk mewakili Sekolah St John dalam Hoki..saya tak pasti tahap sukan Sekolah Cochrane sekarang dan saya berharap guru2 tolong tumpu perhatian pada sukan sekolah juga..Terima Kasih Ex-Cochranean 1993-1996

    ReplyDelete
  3. saya bekas pelajar sekolah ini (1982-86). Amat bersetuju dgn pandangan saudara pheonix..adalah menjai harapan kami, bekas pelajar dpt diselitakn info dr tahun 1980-94. Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. saya bekas pelajar sekolah ini (1982-86). Amat bersetuju dgn pandangan saudara pheonix..adalah menjai harapan kami, bekas pelajar dpt diselitakn info dr tahun 1980-94. Terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment